Setiap orang mempunyai cita-cita yang hendak di capai. Namun setiap cita-cita yang hendak dicapai itu bergantung kepada keupayaan diri sendiri. Sejauh mana diri kita sendiri dapat memperbaiki kemajuan diri kearah cita-cita yang hendak dicapai.
Bagi pelajar-pelajar sekolah pula mereka mempunyai cita-cita jangka pendek yang perlu dicapai. Cita-cita itu ialah lulus peperiksaan dan menjadi pelajar cemerlang. Bagaimana hendak berjaya dan menjadi pelajar cemerlang didalam peperiksaan?
Perlu diingatkan bahawa manusia menggunakan kedua-dua belah otak kiri dan kanan untuk berfikir dan mengingatkan sesuatu. Oleh itu pelajar – pelajar perlulah merangsangkan kedua-dua belah otak kita agar dapat berfungsi dengan baik. Untuk memastikan pelajar sentiasa elert atau dalam keadaan bersemangat untuk belajar pelajar – pelajar bolehlah mengamalkan beberapa petua berikut:1. Pastikan pelajar pelajar menggunakan pen atau pensil dengan aktif sekali semasa belajar. Buat catatan ringkas setiap isi atau fakta penting yang anda baca kerana fakta-fakta ringkas ini adalah key untuk anda mengingatkan nya dimasa hadapan atau ketika melakukan ulangkaji.
2. Gunakan masa sekitar tiga jam sehari untuk belajar sendiri dan tidak termasuk membuat kerja rumah. Keadaan persekitaran perlu lah sesuai seperti cahaya yang terang, tiada gangguan bunyi, suasana bilik yang membantu menaikkan semangat belajar, kedudukan kerusi dan meja yang selesa (menghadap kiblat) dan anda sentiasa ceria. Keselesaan tempat belajar adalah pengaruh utama kepada bagaimana anda akan menyerap segala ilmu yang anda baca nanti.
3. Ketika didalam kelas tumpukan setiap apa yang diajar oleh guru dengan sepenuhnya. Pelajar pelajar boleh membuat nota setiap apa yang disampaikan oleh guru-guru. Kejayaan membuat nota ini adalah manifestasi daripada apa yang diajarkan oleh guru anda. Jika anda ketinggalan kelas pastikan anda mendapatkan nota dari kawan anda dan ulangkaji semula dengan guru anda.
4. Persediaan awal amatlah penting untuk anda menghadapi kelas-kelas disekolah. Ini adalah kerana pelajar pelajar yang mendahului apa yang akan diajar oleh guru anda dan pada ketika itu anda boleh bertanya apa-apa yang anda tidak faham berkaitan topik yang diajar. Buatlah catatan apa yang anda tidak faham dan sediakan soalannya supaya anda dapat bincangkan dengan guru ketika guru mengajar didalam kelas. Ini adalah salah satu cara untuk membuat anda “elert to” atau memberi perhatian kepada apa yang guru anda sedang ajarkan.
5. Sediakan jadual untuk anda belajar sendiri dirumah dan patuhi jadual anda setiap hari. Habiskan setiap kerja rumah yang diberikan oleh guru anda sebelum memulakan jadual harian anda.
6. Anda haruslah bijak memberi ganjaran kepada diri anda setelah penat belajar dan membuat ulangkaji dengan memberi sedikit masa merehatkan badan. Makan dan minum sekadar untuk mengalas perut sahaja ketika rehat dan elakkan makan sehingga terlalu kenyang kerana perut yang kenyang akan membuatkan anda merasa cepat letih dan mengantuk.
Untuk menjadi pelajar cemerlang tidaklah susah, cuma pelajar-pelajar perlulah tahu akan hakikat diri mereka dan tugas mereka sebagai pelajar. Selagi mereka tidak terpengaruh dengan anasir-anasir luar maka adalah mudah bagi mereka menumpukan sepenuhnya kepada pelajaran mereka sehinggalah mereka diistiharkan sebagai pelajar cemerlang kelak.
Read more: Tips Belajar Berkesan – Bagaimana Belajar Untutuk Menjadi Pelajar Cemerlang? | | Syarih.comSyarih.com http://blogsyarih.com/tips-belajar-berkesan-bagaimana-belajar-untutuk-menjadi-pelajar-cemerlang/#ixzz1jtOixhOb
Under Creative Commons License: Attribution
No comments:
Post a Comment